Sunday, 2 September 2012

Kebaikan Bawang Putih

Assalammualaikum...

hai..hai..hai...,nina nak share lagi info kat hampa semua...,sharing is caring...,right?
so...,rajin..rajinkan la baca tau...,tak rugi....just for our knowledge...kan..kan..
meh..baca..meh...,sape2 yang ade info yang bagus meletup2 tu...,boleh komen...n share..
boleh nina pi terjahhhh...hihhihi..:)

pic..google..mari..:)


1. Mengurangkan risiko strok

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi

Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. 

and..and...kalau hampa nak tau...
pengambilan bawang putih yang sesuai diambil dalam sehari,tidak lebih dari 5 gram tau..
kalau amik berlebihan,kesan dia.....jeng je jengggggg....
nafas berbau,cirit birit,muntah,asma,pengurangan kadar protein dan kalsium
dan menjejaskan kadar protein dan kalsium dalam darah.

Bagi lelaki pula, pengambilan bawang putih yeng berlebihan 
akan mengurangkan kualiti dan penghasilan sperma.


renung..renungkan..dan selamat beramal....:)
bye...

6 comments:

Chic Na said...

kalau masak takde bawang putih mmg tak sodap. huhu..

nina said...

ha..betul2..,nina pon suka bwang pteh..huhu..:)
kena krgkan la lpas ni..hihihi

Cikgu Ma said...

ada baik dan buruk makan bawang putih ni...bau ketiak kuat nanti...hehe

Ayumi Comot said...

baru tau bwg putih ade selenium..ayu amalkan supplement BIO ACE yang ade unsur selenium sbg antioksidan...huhu

nina said...

hihi..betul2...,tp sedap..lau boh lam msakkannn..:)

nina said...

aiyooo..xtauuu..hiihiihihi