Saturday 21 July 2012

Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa..:)


selamat berpuasa semua..,harini alhamdulillah..1st ramadhan kita..,macam mana semua..ok x?eh..awal lagi la...semua masih segar bugar lagi..hihihi..,ha..bagi yang nakal-nakal tu.."jangan posa yang yuk ye,pagi2 buka periuk"..~ngee~...tu la ayat masa kecik-kecik..dolu-dolu dengan kawan..hahaha...sapa penah buat....cepat angkat tangan....,ingat xtau ka..hihihi..


ha..pagi ni nina nak share Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa.., sedar or tak..ada jugak kan antara kita yang was-was,xtahu..ape yang patot buat,xpatot buat,makruh..ketika berpuasa..kan..kan..,so..kat sini nina nak share untuk semua..and untuk nina sendiri jugak..hihihi..
sama-sama la kita baca kat bawah ni ye....:)


 Perkara-perkara sunat puasa:

a) membanyakkan membaca al-Quran
b) mandi junub sebelum fajar
c) melewatkan sahur waktu imsak
d) berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e) membanyakkan sedekah
f) solat terawih
g) segera berbuka bila masuk waktu


Perkara-perkara makruh puasa

a) berkumur-kumur dengan keterlaluan
b) merasa makanan dengan lidah
c) bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d) memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e) gosok gigi setelah gelincir matahari
f) mencium isteri
g) menderma darah


 Perkara-perkara yang membatalkan puasa:

a) makan dan minum dengan sengaja
b) mengeluarkan air mani dengan sengaja
c) haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d) muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e) melakukan persetubuhan
f) gila walaupun sebentar
g) murtad
h) berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


 Perkara yang tidak membatalkan puasa:

a) Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b) Bersuntik
c) Tidur walaupun sepanjang hari
d) Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e) Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja


 Hari-hari sunat puasa:

a) pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
b) pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
c) pada 10 Muharram (hari Asyura)
d) 6 hari pada bulan Syawal
e) Hari Isnin dan Khamis


 Hari-hari diharamkan puasa:

a) Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)
b) Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)
c) Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)


sumber..: tebaca ada orang share kat fb..hihi..:)
p/s         : picture google mari ma..:)

3 comments:

Unknown said...

nice info... thanks... selamat berpuasa yer...

Chic Na said...

good sharing. selamat berpuasa juga nina. ;)

nina said...

wlcme..,sharing is caring..hihi..:)