Sunday 13 May 2012

Huurrmmm..yumm..yum..yogurt..;)

waaaaa...saye suke yogurt...,suke sangat- sangat..
yumm..yuummm..sedapppnyeeee..
sape lagi yang suke yogurt..??
angkat satu jari..hihi..
baagggguuusssss....


sape tak suke tu belajar la minum..
coz ade kebaikannye..tau
bukan saje sedap dimakan malah..
baik untuk kita..,anda tak pecaya??
mai bace sini mai..kite nak kogsi sikit ni..;)

why yogurt???
-Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia
 atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan.
-Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan 
protein dan khasiat yang diperlukan tubuh,seperti kalsium, vitamin D,
 vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.

Nak tau tak ape kebaikannye??
jom bace...

**Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang ade dalam yogurt dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.Malah,probiotik dapat meningkatkan pemulihan 
serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) kerana di dalam yogurt 
ade dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium.


**Bagus untuk wanita lepas bersalin
ha..yang ni mesti semua wanita2 di luar sana syok dengaq ni..tak gitu..hiihi..
yela..lepas melahirkan..,mesti perubahan bentuk badan ketara kan2..
so jom amalkan mamam yogurt...mudah je kan..
khasiat yogurt terbaik kerana ia makanan berserat tinggi 
dan mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk 
membekalkan susu kepada bayi.


**Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang ade dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa
 (gula semulajadi dalam susu). 
Bakteria ni bertindak dengan merangsang sebahagian dari 
sistem pelalian di dalam salur usus dan memberi  keadaan sekitaran
 yang lebih sihat di dalam usus..tau.
Malah,sistem penghadaman dalam tubuh badan kita pon 
berjalan dengan lancar...;)

**Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah 
yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, 
wanita diabetes yang mengambil yogurt dalam menu seharian
 mereka didapati mengalami penurunan (pH)
 serta pegurangan infeksi candida.

**Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin 
dan riboflavin daripada susu. Di samping itu, yogurt juga kaya 
dengan zat besi, fosforus dan kalium.

**Menurunkan kadar kolesterol
susu asidophilus dan susu bifidus mampu menurunkan
 kolesterol darah. Coz zat faktor antikolesterol yang mencegah 
kerja enzim pembentuk kolesterol. pertumbuhan bakteria akan menyerap
 sejumlah zat kolesterol ke dalam sel. Penyerapan ini berlaku di usus kecil 
dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

**Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian,yang diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005,
 hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak 
di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat
 badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

So..semua dah tahu kan..
ape tunggu lagi..
sekarang jugak pegi beli..hiihi..;)
moh la kite..selamat mencube......
bye.

sumber: melayukini.net

1 comment:

Unknown said...

sy pon suke... :)